Info Pelan

Tidak OkeySampel

Not Okay

HARI 9 DARIPADA 28





Salah satu hal yang paling menjengkelkan semasa menyusun suai gambar ialah apabila satu keping kelihatan seolah-olah sepadan dengan kepingan yang lain, tetapi sebenarnya tidak. Memang mengelirukan. Kepingan itu mungkin mempunyai warna dan bentuk yang betul, tetapi tidak dapat disambung. Apabila anda tidak dapat melihat gambaran keseluruhannya, memang senang membuat kesilapan kecil seperti itu.


Demikian juga dengan orang. Ada kalanya, anda melihat seseorang atau sekumpulan orang, dan rasanya anda harus sesuai dengan mereka. Anda ingin menjadi kawan mereka atau berpacaran dengan mereka. Anda menyukai perkara yang mereka suka. Mengapa anda tidak dapat berhubung dengan mereka? Anda cuba dan ditolak. Sungguh mengelirukan . . . dan menyakitkan.


Apabila anda ditolak seperti ini, ada beberapa perkara yang harus diingati. Pertama, ditolak tidak bermaksud sesuatu adalah tidak kena dengan anda. Demikianlah tidak ada hal yang tidak kena dengan kepingan suai gambar itu. Tidak sepadan di tempat yang anda rasa betul, tetapi pasti akan sepadan di tempat yang lain. Anda hanya perlu mencari tempat yang betul itu.


Satu hal lagi yang harus diingati ialah, seperti kepingan suai gambar itu, anda tidak melihat gambaran keseluruhannya lagi. Alkitab menyatakan, sekarang ini, kita "mengetahui sebahagian". Penolakan yang kita hadapi sekarang dalam hidup mungkin tidak masuk akal. Namun, suatu hari nanti, apabila Allah menunjukkan gambaran keseluruhannya kepada kita, kita akan dapat melihat rancangan itu dengan lebih jelas dan memahami mengapa perkara tersebut berlaku sedemikian.


Hari 8Hari 10

Perihal Pelan

Not Okay

Kita akan meneliti empat penegas utama yang kita hadapi dan melihat bagaimana firman Allah boleh memberikan kita penghiburan, pimpinan, dan menolong kita menghadapi setiap satunya. Kita akan berbincang tentang apa yang d...

More

Kami bersyukur kepada Stuff You Can Use kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://growcurriculum.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami