Info Pelan

Tidak OkeySampel

Not Okay

HARI 3 DARIPADA 28





Apakah yang dimaksudkan oleh perkataan "harapan"?


Bagi sesetengah orang, pada asasnya harapan bermakna membuat hajat pada bintang bertuah. Anda tidak tahu sama ada keadaan akan menjadi baik atau buruk, tetapi anda "berharap" sesuatu yang baik akan terjadi. Anda tidak tahu jika anda akan diterima oleh kolej idaman anda, mendapat markah yang baik dalam ujian yang besar, atau mendapat watak yang baik dalam drama sekolah . . . tetapi anda memang menaruh "harapan".


Apabila orang menggunakan "harapan" seperti ini, mereka memaksudkan bersikap "optimistik". Mereka memandang gelas sebagai separuh penuh. Mereka cuba bersikap optimistik tentang masa depan. Itu tidak salah! Memang baik untuk bersikap optimistik. Namun, itu bukanlah maksud Alkitab semasa membincangkan harapan.


Dalam bacaan Alkitab hari ini, Paulus memberitahu kawannya di Roma tentang harapan, tetapi ia tidak bercakap tentang sikap optimistik. Sebaliknya, Paulus berkata kita memiliki "harapan untuk mendapat kemuliaan." Ini tidak bermaksud kita memikirkan Allah seperti melambung duit syiling yang diharapkan akan menunjukkan kepala bukan ekor. Ini bermaksud kita menempatkan kepercayaan kita dalam Allah kerana kita sedar bahawa Allah mengawal masa depan kita. "Berharap" dalam Allah bukanlah perasaan baik semata-mata — tetapi realiti yang kita percayai, meskipun ketika keadaan adalah susah.


Kadang kala keadaan memang susah! Apabila kita menghadapi masa yang sukar, mengalami tekanan atau kerisauan, memanglah mudah untuk berhenti "berasa" seolah-olah kita boleh berharap pada Allah. Namun, Paulus mengatakan masa itulah Allah menggunakan harapan kita untuk menghalusi kita.


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Not Okay

Kita akan meneliti empat penegas utama yang kita hadapi dan melihat bagaimana firman Allah boleh memberikan kita penghiburan, pimpinan, dan menolong kita menghadapi setiap satunya. Kita akan berbincang tentang apa yang d...

More

Kami bersyukur kepada Stuff You Can Use kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://growcurriculum.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami