Info Pelan

Hidup Dalam Roh: Renungan Bersama John PiperSampel

Live By The Spirit: Devotions With John Piper

HARI 2 DARIPADA 7

Roh Memimpin Kita

Berkali-kali Alkitab membantu kita memahami teka-teki kehidupan: perkahwinan yang gagal, anak yang memberontak, ketagihan dadah, negara yang berperang, daun yang tumbuh semula pada musim bunga, kerinduan hati yang tidak pernah puas, takut akan kematian, anak yang menjadi dewasa, kesejagatan pujian dan menyalahkan, prevalens kebanggaan, dan kekaguman akan penafian diri.


Alkitab mengesahkan asal ilahinya berulang kali apabila Alkitab mengerti pengalaman kita di dunia sebenar dan menunjukkan jalan ke arah keharmonian. Oleh itu, saya berharap bahawa salah satu daripada doktrin yang kita hargai sehinggakan sanggup mati deminya (atau hidup deminya!) adalah bahawa Roh Kudus ialah pengarang ilahi bagi seluruh Alkitab.


Oh, kita mempunyai masa yang banyak untuk bercakap tentang implikasi doktrin ini yang mengagumkan! Roh Kudus yang abadi, Roh kasih dan perkenanan antara Bapa dan Anak, ialah pengarang Kitab Suci.


  • Oleh itu, kitab itu tetap benar (Mazmur 119:142) dan boleh dipercayai sama sekali (Ibrani 6:18).
  • Kitab itu berkuasa, mengerjakan tujuannya dalam hati kita (1 Tesalonika 2:13) dan tidak kembali kosong kepada Dia yang telah menghantar-Nya (Yesaya 55:10-11).
  • Kitab itu suci, seperti perak yang dimurnikan tujuh kali di dalam api (Mazmur 12:6, ay. 7 dalam terjemahan BM).
  • Kitab itu menguduskan (Yohanes 17:17).
  • Kitab itu memberikan hidup (Mazmur 119:37, 50, 93, 107; Yohanes 6:63; Matius 4:4).
  • Kitab itu memberikan kebijaksanaan (Mazmur 19:7, ay. 8 dalam terjemahan BM; 119:99-100).
  • Kitab itu memberikan kegembiraan (Mazmur 19:8; 119:16, 92, 111, 143, 174) dan menjanjikan pahala (Mazmur 19:11, ay. 12 dalam terjemahan BM).
  • Kitab itu memberikan kekuatan kepada orang yang lemah (Mazmur 119:28) dan menghiburkan orang yang tidak keruan (Mazmur 119:76) serta membimbing orang yang bingung (Mazmur 119:105) dan memberi keselamatan kepada orang yang sesat (Mazmur 119:155; 2 Timotius 3:15).

Kebijaksanaan Allah dalam Kitab Suci tidak akan habis. Jika doktrin ini adalah benar, maka, implikasinya adalah amat mendalam dan meluas sehinggakan setiap lingkungan kehidupan kita akan dipengaruhi.


Ketahui lebih lanjut: http://www.desiringgod.org/messages/the-holy-spirit-author-of-scripture


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Live By The Spirit: Devotions With John Piper

7 Bacaan Renungan daripada John Piper mengenai Roh Kudus

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada John Piper dan Desiring God kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.desiringgod.org/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami