Info Pelan

Pandangan Alkitabiah Tentang Perubahan SosialSampel

A Biblical View On Social Change

HARI 4 DARIPADA 5

Peruntukan

Bolehkah anda mengenangkan suatu waktu di mana anda berasa ditenggelami saiz atau skala sesuatu cabaran atau tugas yang anda hadapai? Apakah perasaan anda? Apakah yang telah anda lakukan?

Kawan saya, Mary, merasakan ini. Kehidupan di Uganda adalah sukar kepadanya. Suaminya lesap, meninggalkannya dengan empat orang anak kecil. Mereka hidup dalam pondok lumpur dengan atap jerami dan memiliki seekor kambing. Mary bekerja bila mungkin dan memperoleh pendapatan yang kecil, tetapi ia tidak pernah mencukupi dan keluarganya sentiasa kelaparan. Sememangnya tiada wang untuk membayar yuran persekolahan anak-anaknya.

Pada suatu hari Mary mendengar tentang pengajian Alkitab di sebuah gereja tempatannya. Dia menghadirinya meskipun dia bukan orang percaya. Apabila dia mendengar tentang perisitwa di mana Yesus memberikan makanan kepada 5000 orang dalam sehari, dia sedar bahawa Allah mengambil berat tentang orang yang lapar! Pengajian itu meneliti cara Yesus telah mendorong murid-murid-Nya untuk bekerja bersama-sama untuk memastikan semua orang diberi makan. Bersama-sama orang lain, Mary mendapat ilham untuk mula merancangkan masa depan yang berbeza untuk anak-anaknya.

Mary dan keluarganya mula menanam tanaman untuk dijual dan berupaya mendapatkan wang untuk membeli beberapa ekor ayam, diikuti babi, dan akhirnya dua ekor lembu. Ini memberikan kesan yang amat besar terhadap kehidupan mereka: diet yang seimbang, pakaian, yuran sekolah, rumah yang lebih baik, dan ubat untuk merawat penyakit mereka.

Kini, Mary kelihatan berseri. Dia berjalan rapat bersama Tuhan dan telah melihat cara Dia telah membantunya dan keluarganya untuk menyara diri.

Renungkan:

Semasa memikirkan tentang cabaran yang dihadapi komuniti kita dan kekurangan sumber kita, apakah dorongan khusus yang terkandung dalam kisah ini?

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

A Biblical View On Social Change

Banyak kumpulan Kristian prihatin dalam memenuhi sama ada keperluan rohani atau keperluan fizikal. Apakah yang harus menjadi keutamaan kita sebagai orang Kristian? Apakah yang boleh kita pelajari daripada Alkitab mengena...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Tearfund kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.tearfund.org/yv

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami