Info Pelan

Doa yang berkuasaSampel

Doa yang berkuasa

HARI 3 DARIPADA 5

Jawapan Doa Memerlukan Persiapan!

Seorang murid yang agak malas menyedari bahawa seorang kawannya sentiasa cemerlang di dalam pelajarannya, maka dia bertanya kepadanya, "Bagaimanakah kamu sentiasa dapat menghafal semua pelajaran dengan baik?" Rakannya menjawab, "Saya sentiasa berdoa agar saya mampu menghafal semua pelajaran dengan baik."

“Adakah itu benar-benar berlaku?" tanya murid yang agak malas itu. "Jika ya, saya juga akan berdoa"

Akan tetapi, pada keesokan paginya, murid tersebut tidak dapat mengingati kembali akan apa yang sudah dipelajarinya. Dengan bingung, murid itu berlari ke arah rakannya dan menuduhnya sebagai seorang penipu. Katanya,"Saya telah berdoa, tetapi saya tidak ingat sepatah kata pun dari pelajaran saya."

"Mungkin," balas rakannya pula, "ini kerana kamu tidak belajar bersungguh-sungguh."

"Oh, saya langsung tidak belajar," jawab murid itu. Kerana saya berfikir saya tidak perlu belajar jika saya sudah berdoa mengenainya.

Renungan

Seringkali di dalam doa kita ada perkara yang harus kita lakukan sebelum Tuhan menjawab doa kita. Iman dan perbuatan akan seiring dengan kuasa Tuhan dalam menjawab doa kita. Adakah kita sanggup melangkah dengan iman ketika kita berdoa untuk menerima jawapan daripada Tuhan? Marilah kita terus tekun dalam doa dan melakukan apa yang perlu kita lakukan untuk Tuhan menyatakan Kemuliaan-Nya.

Berdoalah seolah-olah segalanya bergantung kepada Tuhan dan bertindaklah seolah-olah segalanya bergantung kepada seseorang (Ignatius of Loyola)

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Doa yang berkuasa

Doa adalah nafas setiap orang yang percaya. Doa bukanlah sesuatu yang kita lakukan apabila kita memerlukan sesuatu, tetapi ia harus menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Doa yang berkuasa adalah doa yang p...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Bethany Church (Singapore) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.bcs.org.sg/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami