Info Pelan

Lelaki di Salib Tengah: Pelan Bacaan 7 Hari PaskahSampel

The Man on the Middle Cross: A 7-Day Easter Reading Plan

HARI 6 DARIPADA 7

MUNCUL DARI TEMPAT YANG GELAP

“Ada seorang bernama Yusuf; dia berasal dari kota Arimatea di negeri Yudea. Dia seorang baik yang dihormati orang. Dia sedang menantikan masanya Allah mula memerintah. Meskipun dia anggota Majlis Agama, dia tidak bersetuju dengan keputusan dan tindakan Majlis itu. Dia menghadap Pilatus dan meminta jenazah Yesus.” LUKAS 23:50-52 (BM)

Pengebumian Yesus bukanlah perkara yang sudah pasti kerana dua sebab utama. Pertama, penyaliban penjenayah sering kali tidak mengakhiri penghinaan mereka; mereka kerap dihalang daripada pengebumian yang betul-betul. Kedua, pelepasan mayat bergantung pada saudara-mara atau kawan semata-mata yang memohon keizinan untuk mengebumikan si mati—dan siapa yang ada untuk mengebumikan Yesus? Murid-murid-Nya telah melarikan diri, orang ramai sudah bersurai, dan golongan wanita tidak bersedia untuk membuat permohonan seperti itu.


Pada waktu dalam sejarah ini, seorang individu muncul dengan tiba-tiba dan secara diam-diam—seorang yang merupakan “pengikut Yesus tetapi takut akan penguasa Yahudi” (Yohanes 19:38).


Ketakutan telah mendiamkan Yusuf dari bandar Arimatea sehingga waktu ini. Kehidupan dan ajaran Yesus telah menariknya dan memberikannya iman yang membawa keselamatan, tetapi imannya tetap sulit. Ia menyembunyikan kehidupan rohaninya—sehinggalah salib mendedahkannya. Oleh itu, setelah lama bersembunyi, Yusuf menghadap Pilatus dan meminta jenazah Yesus.”


Naratif Injil menggambarkan pengendalian hati-hati Yusuf terhadap jenazah Yesus semasa ia “menurunkan jenazah Yesus” dari salib, lalu “membalutnya dengan kain linen dan meletakkannya di dalam kubur yang dipahat pada sebuah bukit batu. Kubur itu belum pernah digunakan” (Lukas 23:53). Kita juga membaca tentang Nikodemus, “yang dahulu pernah datang kepada Yesus pada waktu malam ... membawa ramuan mur dan gaharu” untuk menolong Yusuf dalam proses pengebumian itu (Yohanes 19:39).


Kepercayaan Yusuf dan kemunculan sekalinya jugalah peringatan yang jelas kepada kita bahawa pemeliharaan Allah bekerja pada setiap masa dan di semua tempat. Allah telah menyediakan Yusuf untuk waktu ini. Yusuf takut dan berahsia, tetapi Allah telah menggunakannya untuk kebaikan, sebagaimana yang dilakukan-Nya dengan kita. Yusuf dianggap telah terlepas banyak peluang untuk mempertahankan Rajanya; ia dianggap berdiam banyak kali apabila ia seharusnya bercakap. Namun, lelaki inilah yang Allah pastikan akan hadir pada hari ini untuk tugas yang penting ini. Yusuf bangkit, merisikokan segala sesuatu—status, reputasi dan keselamatannya—untuk memuliakan Yesus dengan memastikan agar Dia menerima pengebumian yang betul-betul.


Anda mungkin mendapati diri sama dengan Yusuf: anda hidup sebagai murid rahsia, percaya tetapi takut untuk memberitahu sesiapa pun di kejiranan atau tempat kerja anda tentang kepercayaan anda. Jika demikian, maka pada hari ini, mintalah Tuhan Yesus Kristus untuk mengampunkan ketakutan anda dan membolehkan anda, seperti Yusuf, berdasarkan salib, untuk berdiri dengan berani demi Dia dalam kasih Kristus. Anda mungkin terlepas peluang pada masa lalu untuk mempertahankan Raja anda, tetapi Allah sentiasa bersedia untuk memberikan anda tugas untuk memuliakan Anak-Nya, dan anda tidak perlu terlepas peluang seterusnya.


  • Bagaimanakah Allah sedang memanggil saya untuk berfikir secara berbeza?
  • Bagaimanakah Allah mengatur semula kesukaan hati saya—apakah yang saya kasihi?
  • Apakah yang Allah panggil saya untuk lakukan semasa saya menjalankan hari saya hari ini?






Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

The Man on the Middle Cross: A 7-Day Easter Reading Plan

Hampir setiap orang bersetuju bahawa dunia ini porak-peranda. Namun, bagaimana kalau ada penyelesaiannya? Pelan Paskah tujuh hari ini bermula dengan pengalaman unik pencuri di salib dan mempertimbangkan mengapa satu-satu...

More

Bahan renungan ini dipetik daripada ‘Truth For Life,’ sebuah renungan harian oleh Alistair Begg, yang diterbitkan oleh The Good Book Company, thegoodbook.com. Digunakan dengan kebenaran Truth For Life. Hak cipta (C) 2022, The Good Book Company. Untuk maklumat lanjut, layari: https://tfl.org/365

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami