Info Pelan

Saya Berserah: Renungan yang Memberikan Ilham oleh BanduanSampel

I Surrender: Inspirational Devotions Written by Prisoners

HARI 1 DARIPADA 4





"DAHULU SAYA BUTA, SEKARANG SAYA DAPAT MELIHAT

Tetapi Tuhan menjawab, 'Aku mengasihi kamu dan hal itu sudah cukup bagimu, kerana kuasa-Ku nyata sekali pada masa kamu lemah.' Oleh itu aku lebih suka membanggakan kelemahanku, supaya merasakan kuasa Kristus yang melindungi aku.” —2 KORINTUS 12:9


Hidup saya melambangkan cerita kejayaan yang sempurna, impian Amerika yang besar dipenuhi. Walau bagaimanapun, tiba-tiba saya menyedari bahawa Allah tidak menggunakan kejayaan saya untuk membolehkan saya untuk membantu orang di penjara. Semua pencapaian saya tidak bermakna dalam ekonomi Allah. Tidak, legasi sebenar hidup saya ialah kegagalan terbesar saya—bahawa saya merupakan bekas banduan. Hal yang paling memalukan saya—dipenjarakan—merupakan permulaan kegunaan terbesar Allah terhadap hidup saya. Dia telah memilih satu pengalaman yang tidak mungkin dapat dibanggakan saya, untuk kemuliaan-Nya.


Berhadapan dengan kebenaran yang menghuyung-hayangkan ini, saya mendapati dunia saya tunggang-terbalik. Saya terkejut memahami bahawa saya telah memandang dunia secara terbalik. Namun, sekarang saya mengerti: bila saya kehilangan segala sesuatu yang saya fikir menjadikan Chuck Colson seseorang yang hebat barulah saya menemui peribadi sebenar yang Allah ingin saya jadi dan tujuan sebenar hidup saya.


Perbuatan kita bukanlah hal yang penting, tetapi apa yang Allah yang berdaulat pilih untuk lakukan melalui kita. Kerajaan Allah ialah satu paradoks, kerana kemenangan diperoleh melalui kekalahan, penyembuhan berlaku melalui keremukan, dan penemuan diri melalui kehilangan diri. Sudah tentu demikianlah yang benar tentang hidup saya. Jika anda juga pernah merentasi lembah kegagalan, saya berdoa agar hal ini adalah benar dengan hidup anda.


—Chuck Colson


DOA: Tuhan, terima kasih kerana kasih kurnia-Mu sudah cukup bagi setiap keperluan kami. Semoga kami menemui tujuan dan nilai dalam-Mu, hari ini dan selama-lamanya. Amin.


Hari 2

Perihal Pelan

I Surrender: Inspirational Devotions Written by Prisoners

Alkitab merupakan kitab tentang penebusan, kebebasan, dan harapan. Halamannya merangkumi watak yang dinamik dan tabah hati—lelaki dan perempuan remuk yang menari-cari jawapan. Dalam sesetengah cara, mereka itu serupa den...

More

Kami berterima kasih kepada Prison Fellowship kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.prisonfellowship.org/resources/subscribe/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami