Info Pelan

Tahun Penerobosan Anda: Inspirasi 5 Hari untuk Memulakan Tahun Baru AndaSampel

Your Breakthrough Year: 5 Days of Inspiration to Kickstart Your New Year

HARI 2 DARIPADA 5

HARI 2 – KEJADIAN YANG JARANG


Seorang perempuan di England hamil semasa hamil, akhirnya melahirkan anak kembar yang jarang, yang dihamilkan selang tiga minggu! Biasanya, apabila seseorang perempuan hamil, tubuhnya memulakan beberapa proses untuk menghalang kehamilan serentak, termasuk perembesan hormon yang menghentikan pengovuman.


Walau bagaimanapun, dalam kejadian yang jarang, seseorang perempuan hamil itu boleh terus mengovum dan ovum itu boleh disenyawakan oleh sperma lalu menempel pada uterus. Fenomena yang menakjubkan ini, dua ovum tersenyawa dan menempel pada uterus pada masa yang berbeza dikenali sebagai superfetation.


Pada minggu ke-12, doktor membuat pemeriksaan ultrabunyi dan menemui bayi yang kedua yang mempunyai perbezaan saiz sebanyak tiga minggu daripada bayi yang pertama. Disebabkan superfetation jarang berlaku, doktor tidak dapat menjelaskan perbezaan saiz antara dua bayi itu pada mulanya. Kemudian, doktor membuat diagnosis superfetation.


Bayi itu, Noah dan Rosalie, dilahirkan sebelum masanya. Noah dilahirkan tiga minggu lebih awal dan Rosalie dilahirkan 13 minggu lebih awal. Namun, kedua-dua bayi itu kini berada di rumah dan sihat.


Superfetation adalah begitu luar biasa kerana tiga kejadian yang berasingan dan sukar diterima akal mesti berlaku. Pengovuman, biasanya dihentikan oleh hormon kehamilan, persenyawaan, biasanya berhenti pada peringkat awal kehamilan apabila palam lendir terbentuk untuk menghalang sperma daripada memasuki serviks dan penempelan, yang memerlukan ruang yang mencukupi untuk satu lagi embrio di uterus, juga hormon yang biasanya tidak dirembeskan sesudah seseorang perempuan itu hamil.


Walau bagaimanapun, semua kejadian itu berlaku dan Rebecca Roberts yang berumur 39 tahun menjadi hamil buat pertama kalinya dan melahirkan anak kembar.


Ada kalanya Allah mengatur peristiwa dan keadaan untuk melaksanakan sesuatu yang luar biasa. Kita mungkin tidak melihat bagaimana situasi itu akan berakhir, kita fikir tiada cara untuk memperbaik keadaan, dan kita yakin tiada penyelesaiannya.


Kemudian, Allah melakukan sesuatu yang jarang, tidak biasa, luar biasa. Dia mengatur peristiwa dengan sempurna supaya hal yang mustahil menjadi mungkin. Allah bekerja melalui kuasa Roh Kudus.


Apabila kita membuka diri kepada Allah, Roh bekerja dalam kita dengan berkuasa dan kita akan melihat kerja-Nya yang kreatif. Dia akan memimpin hidup kita; kita boleh yakin dengan jalan-Nya. Kita akan menyaksikan hal menakjubkan yang akan dilaksanakan oleh Dia.


Yesus berkata dalam Yohanes 14:26 “Tetapi Roh Allah, Penolong yang akan diutus oleh Bapa demi nama-Ku, akan mengajar kamu segala-galanya dan akan mengingatkan kamu segala yang telah Aku katakan kepada kamu." Melalui pekerjaan Roh, kita akan mengalami kejadian yang menolong kita dan hanya dapat difahami sebagai terjadi kerana Allah.


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Your Breakthrough Year: 5 Days of Inspiration to Kickstart Your New Year

Tahun baru ini boleh menjadi tahun penerobosan anda. Penerobosan anda terletak di sebelah sana halangan yang dihadapi tahun lepas. Tahun ini boleh menjadi tahun anda mencapai penerobosan yang diperlukan dalam hidup anda....

More

Kami berterima kasih kepada The Fedd Agency kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.rickmcdaniel.com/thisisliving.html

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami