Info Pelan

Mengejar KedamaianSampel

Pursuing Peace

HARI 1 DARIPADA 7

Berdamai dengan Allah

Dan bukan hanya itu saja! Kita malah bermegah dalam Allah oleh Yesus Kristus, Tuhan kita, sebab oleh Dia kita telah menerima pendamaian itu. (Roma 5:11)

Pencarian kedamaian merupakan sesuatu yang kita boleh mulakan dan lakukan bagi diri sendiri dan secara bersendirian. Kedamaian boleh ditemui di banyak tempat. Baik di spa, gimnasium atau mana-mana tempat yang membuat anda berasa santai, memang baik untuk berusaha mencari tempat perlindungan yang amat diperlukan itu. 

Perkataan sanctuary (perlindungan) berasal daripada perkataan Latin ‘sanctus’ yang bermaksud kudus atau suci. Dalam pencarian kedamaian kita, kita mesti berhati-hati agar tidak lupa apa yang suci. 

Hubungan kita dengan Allah telah dipulihkan melalui Yesus. Yesus telah mewujudkan hubungan yang hidup antara kita dengan Bapa, membenarkan kita dipanggil sahabat Allah. 

Seperti semua persahabatan yang bererti, kita harus bersikap jujur dan terbuka agar hubungan itu boleh menjadi semakin mendalam. Datanglah kepada Allah untuk menyerahkan segala perkara yang perlu diserahkan, mencari kasih setia-Nya untuk mengurniakan kedamaian kepada anda. Mintalah Allah untuk terus membentuk anda agar semakin menyerupai Kristus.

Pepatah Afrika

Tunjukkan padaku siapa temanmu, maka aku boleh membaca keperibadianmu. ~ Pepatah Afrika

Tindakan: 

Berbual dengan salah seorang kawan rapat anda, dan berkongsi apa yang paling anda hargai dalam persahabatan ini. Selepas perbualan itu, renungkan bagaimana anda boleh membina hubungan yang sama dengan Allah, kerana Dia telah memanggil anda sahabat-Nya. 

Hari 2

Perihal Pelan

Pursuing Peace

Tearfund mencari pimpinan Allah untuk menjadi suara yang aktif dalam kedamaian, hubungan yang dipulihkan, dan mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat di seluruh dunia. Pembacaan 7 hari ini mempunyai tindakan harian u...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Tearfund kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.tearfund.org/yv

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami