Info Pelan

Mencari Harta Karun Dengan MollySampel

Treasure Hunt With Molly

HARI 5 DARIPADA 7





Hargai kurnia dan bakat tersendiri

“Kita mempunyai kurnia yang berlainan menurut kasih kurnia yang diberikan kepada kita...” Roma 12:6 AVB

Kata Molly:

Sudah tibanya masa untuk bersedia untuk pencarian kunci yang hilang. Reginald membawa saya ke kedai Tikus Milady. Dia mempunyai semua benda yang diperlukan untuk perjalanan saya. Dia memberikan saya pakaian yang baru, peta, lampu suluh, dan snek yang sihat.


Terdapat banyak benda yang menarik di kedai Fesyen Tikus Milady. Amelda menemui kasut but yang amat glamor. Kasut but itu berwarna ungu bergemerlapan dengan tali kasut satin. Saya mahukan sepasang but itu juga. Saya sedar bahawa saya tidak mampu membelinya, tetapi Amelda menawarkan untuk menghadiahkannya kepada saya. Tikus Milady tidak berasa gembira.


Dia tahu saya tidak mungkin melengkapkan misi saya jika saya memakai but yang cantik itu. Saya telah diberikan but tertentu atas sebab tertentu. Saya tidak memahaminya pada waktu itu, tetapi hal itu masuk akal semasa saya mula mendaki gunung ke rumah Ahli Sihir Agung.


“Kamu tidak mungkin melengkapkan pencairan kamu jika kamu melakukannya dengan kasut orang lain!” – Tikus Milady

Hargai kurnia dan bakat tersendiri

Kita kerap rasa hendak memandang apa yang dimiliki oleh orang lain, dan rasa seolah-olah apa yang kita miliki adalah tidak sebaik atau seistimewa milikan orang lain. Walau bagaimanapun, kita telah dicipta oleh Allah, dibentuk dengan teliti, dan diberikan kurnia serta bakat yang istimewa untuk membantu kita untuk memenuhi rancangan yang telah ditetapkan oleh-Nya bagi kita.


Apakah kurnia dan bakat istimewa kamu?


Bagaimanakah kamu boleh menggunakan kurnia dan bakat kamu untuk menolong orang lain dan/atau memuliakan Allah?


Pencarian Harta Kurun Hari Ini

Cari objek yang akan mengingatkan kamu tentang kurnia dan bakat istimewa kamu.


  • Hasil kerja atau seni yang dibanggakan.
  • Tuliskan satu senarai kemahiran kamu.
  • Hadiah yang diberikan oleh orang lain yang membuat kamu rasa istimewa.

Marilah Kita Berdoa

Bapa di syurga,


Terima kasih kerana kurnia dan bakat menakjubkan yang telah Engkau berikan kepada saya. Terima kasih kerana rancangan baik yang telah Engkau tetapkan untuk saya dan kerana Engkau memberikan saya kurnia untuk membantu saya memenuhi rancangan-Mu untuk hidup saya. Tunjukkan kepada saya cara saya boleh membantu orang lain dengan kurnia saya.


Dalam nama Yesus


Amin


Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Treasure Hunt With Molly

Adakah anak anda memerlukan dorongan keyakinan dan iman dalam diri mereka sebagaimana yang telah dicipta oleh Allah? Sertai kami dalam pengembaraan untuk menemui harta karun di hati anda. Bina peti yang dipenuhi harta ka...

More

Kami berterima kasih kepada Meliza Farndell kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.melizafarndell.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami