Info Pelan

Tahun Baru: Memulakan Hidup BaruSampel

New Year: A Fresh Start

HARI 5 DARIPADA 5

Hidup dengan Hubungan Baru


Salah satu kenyataan hidup yang paling asas ialah kita telah dicipta untuk berhubungan dengan orang lain. Sejak mulanya, semasa Allah berkata, "Tidak baik manusia hidup seorang diri," kepentingan hubungan manusia yang mendalam adalah nyata. Firman Allah menggambarkan orang Kristian sebagai "Tubuh Kristus". Dia mengatakan bahawa kita terjalin antara satu sama lain dan bergantung antara satu sama lain. Kita telah dicipta untuk berkomuniti dan berfungsi dengan baik apabila hubungan kita harmoni. Disebabkan hubungan merupakan asas kewujudan kita, kualiti hubungan tersebut mempunyai pengaruh yang besar terhadap kualiti hidup kita.


Jika hubungan kita adalah baik, hidup kita adalah baik, walau apa pun kesukaran yang melanda kita. Inilah kuasa dan kepentingan hubungan yang baik dalam hidup kita.


Malangnya, ada lingkungan hidup yang kerap menjadi pergelutan kita. Kebanyakan daripada kita mempunyai hubungan yang renggang dalam hidup kita. Kerenggangan ini membuat kita terseksa, dan emosi yang berkaitan dengan hubungan tersebut mempengaruhi setiap aspek kehidupan kita. Memanglah susah untuk menikmati perkara yang terbaik jika hubungan kita dengan orang lain adalah renggang. Usaha untuk "membetulkan" hubungan renggang kita tersenarai dalam senarai Azam Tahun Baru kita, tahun demi tahun.


Hubungan kita bolehlah berubah. Kita memiliki kemungkinan sebenar untuk hubungan baru kerana, melalui Kristus, kita memiliki hati yang baru. Dalam Yesus, kita memiliki hidup yang baru, sikap yang baru, dan akses yang baru kepada Dia yang boleh menolong kita dalam hubungan kita. Kita telah dipanggil untuk hidup saling mengasihi, dan Allah sentiasa memberikan kita kasih kurnia dan kekuatan untuk melaksanakan apa yang telah dipanggil-Nya.


Yesus berkata bahawa Amanat Agung ialah "Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu dan dengan seluruh akalmu." Kemudian, Yesus berkata ada satu lagi perintah yang sama penting: "Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri." Yesus menghubungkan dua aspek hubungan tersebut; mengasihi Allah dengan seluruh jiwa dan mengasihi orang lain dengan kasih yang menyamakan mereka serta keperluan mereka dengan diri kita dan keperluan kita. Hubungan ini adalah penting kerana perintah yang kedua hanyalah mungkin melalui perintah yang pertama.


Sebagai orang Kristian yang mengasihi Allah dengan seluruh jiwa kita, kita berkedudukan untuk hidup dalam kasih dan penerimaan yang telah diterima daripada Allah. Alkitab berkata, "Kita mengasihi orang lain, kerana Allah mengasihi kita terlebih dahulu." Kita boleh mengasihi orang lain dalam cara yang tidak mungkin dilakukan tanpa Kristus.


Yesus memberikan murid-murid-Nya perintah yang baru bahawa mereka harus "Sebagaimana Aku sudah mengasihi kamu, hendaklah kamu saling mengasihi." Disebabkan kita telah mengalami kasih yang begitu radikal dan tidak bersyarat daripada Allah, kita mempunyai takungan kasih untuk dikongsi dengan orang lain. Kita boleh mengasihi orang yang tidak dikasihi, termasuk musuh kita, atau orang yang tidak mudah dikasihi.


Ini bukanlah keupayaan biasa kita, tetapi dalam Kristus, kita boleh memberikan kasih yang telah kita terima. Ini akan mengubah hubungan kita, meskipun pihak lain menentang kasih kita. Apabila kita memaafi, mengasihi dan berdamai, hubungan kita dengan orang lain diubah, walau apa pun respons mereka. Penawaran kasih ini merupakan harapan perdamaian yang terbaik. Walau bagaimanapun, sama ada itu berlaku atau tidak, kita akan mengalami kebebasan yang memberikan hidup.


Jadikan tahun ini tahun yang terbaik setakat ini. Tahun inilah tahun anda berjalan dalam kasih dengan mengasihi orang lain dengan kasih tidak bersyarat yang telah anda terima daripada Yesus!


Sekiranya anda suka pelan bacaan ini, kami menjemput anda untuk berhubung dengan ILI dan mendapat tahu bagaimana anda boleh bertumbuh sebagai pemimpin dan mempercepatkan penyebaran Injil. Untuk maklumat lanjut, layari https://iliteam.org/connect.


Hari 4

Perihal Pelan

New Year: A Fresh Start

Tahun yang baru sama dengan permulaan baru dan memulakan hidup baru. Tahun baru ialah masa untuk menetap semula, menyegar semula, dan memfokus semula pada perkara yang paling penting dalam hidup anda. Menjalani tahun yan...

More

Kami bersyukur kepada International Leadership Institute kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://ILIteam.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami