Info Pelan

Dikenali: 10 Hari untuk Menemui Identiti AndaSampel

Known: 10 Days to Discovering Your Identity

HARI 4 DARIPADA 10

Ada sesuatu yang tidak lengkap dalam ciptaan tanpa anda. Allah tidak dapat tahan idea tidak mengenali anda, maka Dia mencipta anda! Dia telah mencipta anda dengan baik dan luar biasa. Baik seperti ibu bapa yang bangga mengutus anak dewasa mereka ke dalam dunia ini, dan luar biasa dengan kesedaran tentang hidup indah yang disediakan-Nya untuk anda. 



‭Dia telah mencipta anda untuk tujuan yang baik dan memuaskan. Efesus 2:10 menyatakan "Kita ciptaan Allah dan kerana kita hidup bersatu dengan Kristus Yesus, Allah telah menjadikan kita untuk mengamalkan perbuatan baik, yang sudah disediakan-Nya untuk kita lakukan." #Helo! Dalam terjemahan yang lain, daripada "ciptaan", perkataan "hasil karya" digunakan. Hasil karya tidak mengandungi kecacatan. Anda betul-betul siapa yang Dia ingin ciptakan. Dia hanya mahu anda mendekati-Nya, dan sebagai balasan, Dia juga akan mendekati anda. Apabila kita berfikir tentang hubungan, biasanya hubungan itu bersifat dua hala. Demikianlah juga dengan Allah. Dia mengenali kita sebelum kita sedar akan Dia, dan sekarang ini Dia mahu anda untuk mendekati-Nya—untuk mengenali Dia juga. Semakin dekatnya anda, semakin anda akan mengetahui siapa Dia itu, anda akan mengetahui siapa anda ini—suatu hasil karya.



Jika anda pernah rasa terpencil, jika anda pernah berasa sepi, jika anda pernah berasa tidak yakin tentang tujuan anda, tidak pasti tentang identiti anda, atau tidak dihargai kerana apa yang anda lakukan, ingatlah bahawa anda ialah hasil karya-Nya. Anda dikenali, dan dikasihi, dan tidak kekurangan apa-apa. Ada sesuatu yang tidak lengkap dalam ciptaan tanpa anda.


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Known: 10 Days to Discovering Your Identity

Memanglah mudah untuk tenggelam dalam apa yang diketahui tentang anda dan terlepas siapa anda. Firman Allah banyak bercakap tentang anda, siapa anda ini, dan siapa yang Dia cipta anda jadi. Renungan 10 hari ini akan meno...

More

Kami bersyukur kepada Fresh Life Church (Levi Lusko) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://freshlife.church

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami