Info Pelan

Mengasihi Seperti YesusSampel

Love Like Jesus

HARI 9 DARIPADA 13

Satu Tubuh, Banyak Anggota


Saya baru meletakkan gagang telefon selepas bercakap dengan ibu bapa saya yang memaklumkan saya tentang berita yang tidak pernah difikirkan atau dijangkakan—abang saya telah membunuh diri. Saya tidak tahu apa yang patut saya lakukan kerana abang saya merupakan tempat mengadu saya. Bila-bila sesuatu berlaku, baik atau buruk, dialah orang pertama yang saya hubungi.


Mujurlah saya mempunyai satu komuniti yang berkongsi hidup bersama saya. Saya memanggil ketua kumpulan kecil saya, dan dalam tempoh satu jam, empat orang kawan datang ke rumah pangsa saya untuk menemani saya. Apa yang berlaku sepanjang beberapa minggu dan bulan seterusnya memang sukar dipercayai. Ada kawan yang datang ke rumah saya untuk menemani saya ketika saya menangis. Kawan yang lain pula membawa saya keluar dan menghiburkan hati saya. Ada juga kawan yang membekalkan makanan. Yang lain membuat derma amal sempena memperingati abang saya. Ada kawan yang memandu jauh untuk menghadiri majlis penghormatan terakhir abang saya demi menyokong saya. Yang lain menghias rumah pangsa saya sempena hari Krismas dan mengalu-alukan kepulangan saya selepas perjalanan yang sukar ini. Kawan-kawan saya melakukan apa yang Allah telah lengkapkan mereka untuk lakukan untuk menjaga saya.


1 Korintus 12 mengajar bahawa kita adalah satu tubuh dengan banyak anggota. Allah telah memberikan setiap seorang daripada kita kurnia, bakat, dan minat yang unik untuk melayani orang lain. Saya sentiasa berterima kasih kepada kawan-kawan saya yang menggunakan kurnia mereka untuk melayani saya dalam kesedihan saya itu. Hari ini, saya ingin mendorong anda agar mengingati bahawa anda memiliki kemampuan untuk melayani orang lain dan mengasihi seperti Yesus pada masa keperluan mereka yang terbesar.


Amanda Davis
Life.Church Tulsa


Hari 8Hari 10

Perihal Pelan

Love Like Jesus

Bagaimanakah kita dapat belajar untuk hidup seperti Yesus sekiranya kita tidak mengasihi seperti-Nya dahulu? Bacalah bersama dengan kakitangan Life.Church dan pasangan mereka ketika mereka menceritakan semula pengalaman ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami