Info Pelan

Pelaburan Terbaik Anda!Sampel

Pelaburan Terbaik Anda!

HARI 1 DARIPADA 5

“Pulangan Terjamin!”




Dalam dunia hari ini, kenyataan ini menimbulkan tanda tanya dan juga kecurigaan. Namun terdapat hukum sejagat yang boleh diguna pakai dalam hampir semua aspek kehidupan: hukum benih, waktu, dan hasil, atau lebih mudah, “anda menuai apa anda semai.” 




Anda tidak boleh menuai hasil tanpa mula-mula menanam benih. Anda tidak boleh mendapat pulangan sesuatu produk atau perkhidmatan tanpa membelinya. Anda tidak boleh kekal sihat tanpa pemakanan yang seimbang dan sering bersenam. Dan dengan semua contoh ini, pulangan dianggap berkadaran dengan kualiti dan amaun yang diberi pada awalnya.




Hukum yang sama juga diguna pakai dalam hubungan kita dengan Tuhan. Kita tidak boleh menikmati hubungan yang bermakna dan diberkati dengan Tuhan tanpa menyemai benih yang akan membuahkan hasil. 




Berita baiknya ialah Tuhan telah menyediakan benih tersebut untuk kita – iaitu, Firman-Nya, Alkitab. Kerajinan menyemai Firman Tuhan dalam kehidupan kita menjamin pulangan yang lumayan.



Hari 2

Perihal Pelan

Pelaburan Terbaik Anda!

Mendapat pulangan yang diberkati dan melimpah-ruah bermula dengan membuat pelaburan yang tepat. Sekiranya anda seorang Kristian yang baharu, tidak ada pelaburan yang lebih besar yang dapat anda lakukan dalam iman anda da...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Twenty20 Faith, Inc. kerana menyediakan rancangan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati: http://www.twenty20faith.org/yvdev3

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami