Info Pelan

Apabila Anda Tidak Memahami TuhanSampel

When You Don't Understand God

HARI 1 DARIPADA 5

Kesahan Alkitab



Agak selamat untuk mengatakan bahawa ada kalanya dalam kehidupan setiap orang pasti adanya soalan tentang Tuhan. Mereka mungkin mempersoalkan Tuhan tentang sesuatu yang berlaku, atau jika Dia wujud. Kita bukan sahaja mempersoalkan Tuhan, banyak orang menanya orang Kristian tentang Tuhan, oleh itu, kita harus tahu apa yang kita percaya dan mengapa. 



Namun, sebelum kita menyelami soalan itu, kita harus mengetahui sumber kebenaran yang kita cari. Adakah itu seseorang yang sangat bijak yang hidup beratus-ratus tahun yang lalu, sistem kepercayaan tertentu yang telah menjadi popular, atau sesuatu yang telah muncul pada abad yang lalu? Bagi pengikut Jesus, sumber kebenaran kita ialah Alkitab. 



Alkitab, yang biasanya dirujuk sebagai Firman Tuhan atau Kitab Suci, merupakan buku panduan kita dan komponen penting untuk membantu kita berjalan lebih dekat dengan Jesus. Walaupun Alkitab tidak menjawab semua soalan kita, Alkitab memberikan arahan tentang siapa Allah itu, bagaimana berhubungan dengan orang lain, bagaimana hidup dengan tujuan, dan bagaimana menerima hidup yang kekal. Kebenaran yang kita temui dalam Firman Tuhan akan membantu kita menangani soalan yang terus menghantui banyak orang. Walau bagaimanapun, marilah kita bercakap tentang apa Alkitab itu.



Alkitab terdiri daripada...




  • ...66 buah kitab yang berbeza…

  • ...ditulis dalam tempoh melebihi 1,500 tahun…

  • ...dalam tiga bahasa…

  • ...oleh lebih daripada 40 orang penulis yang berbeza…

  • ...yang tinggal di tiga benua yang berbeza…

  • ...semuanya diilhamkan oleh Tuhan. 


Walaupun kitab tersebut ditulis secara berasingan, semuanya bercakap tentang satu tema sepanjang Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru: penebusan bangsa manusia melalui Juruselamat kita, Yesus Kristus.



Terdapat lebih daripada 300 nubuatan Perjanjian Lama yang meramalkan kehidupan dan pekerjaan Yesus dan setiap satu daripadanya digenapi dalam hidupnya. Dengan semua perbezaan dalam cara dan masa penulisan Alkitab, mustahil kebanyakan daripada nubuatan ini diramalkan oleh penulis semata-mata, mereka juga tidak mungkin berkomplot antara satu sama yang lain. 



Kita akan menangani beberapa soalan dalam beberapa hari yang akan datang dalam Pelan ini, dan menghabiskan hari terakhir kita untuk mempelajari cara hidup dalam ketegangan soalan yang akan kekal tidak terjawab. 


Hari 2

Perihal Pelan

When You Don't Understand God

Kita semua pernah tertanya-tanya tentang Tuhan—beberapa pertanyaan telah dijawab dan beberapa lagi belum. Kebenaran yang kita pelajari daripada Alkitab akan membantu kita mencari jawapan untuk banyak pertanyaan kita. Unt...

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami