Info Pelan

Menempuh Masa SusahSampel

Going Through Hard Times

HARI 1 DARIPADA 4

Tabahkanlah Hati



Sekiranya anda sedang melalui masa yang sukar pada masa ini, anda tidak keseorangan. Sebenarnya, 100% daripada orang di dunia ini akan mengalami sesetengah kesusahan atau musim yang sukar dalam kehidupan mereka. Sama ada anda sedang mengalami kesusahan, baru mengatasi suatu kesusahan, ataupun bakal menghadapi kesusahan, kesusahan merupakan sebahagian daripada hidup. Tiada orang yang suka mengalami kesusahan. Fikirkan—pernahkah anda menjumpai sesiapa yang suka menempuh masa yang mencabar? Mungkin tidak. 



Tidak ada ubat yang boleh diambil untuk mencegah kesusahan, tiada juga pemikiran positif ataupun kata-kata perangsang kendiri yang secukupnya dapat mengelakkan kita daripada masa yang sukar. Maka, sementara kita rasa kita seorang sahaja yang menghadapi situasi yang sukar, kita tidaklah keseorangan. 



Kita menemukan galakan dalam ajaran Yesus. Dia memberitahu kita dalam Yohanes 16:33, “Kamu akan menderita.” Dia mengetahui apa yang bakal melanda kita—dunia yang dipenuhi kehinaan, dosa, kebencian, dan musuh rohaniah yang ingin memusnahkan kita. Namun, bersyukurlah, Dia juga mengatakan kita boleh “tabahkan hati” kerana “Dia sudah mengalahkan dunia.” Kita tidak perlu hidup berputus asa di dunia yang tidak berharapan. Kita masih boleh menjalankan kehidupan yang penuh kepuasan dengan kesedaran bahawa pada akhirnya, kita akan menang.



Yesus datang ke dunia ini untuk satu sebab sahaja—manusia. Dia datang untuk menyelamatkan kita dan menawarkan kita hidap abadi. Banyak orang sering mengajar bahawa sekiranya kita mengatakan ya kepada Yesus dan menerima-Nya sebagai Penyelamat kita, masalah dan masa yang sukar tidak akan menimpa kita. Itu tidaklah benar. 



Membaca pelan ini tidak akan melenyapkan cabaran sebenar yang sedang anda hadapi, tidak juga menghilangkan seksaan jiwa anda. Kami berharap pelan ini akan memberikan anda sedikit kekuatan dan keberanian untuk terus mengorak langkah seterusnya. Anda tidak perlu mara dua puluh langkah pada hari ini—ambillah langkah seterusnya sahaja. Pada hari esok, ambillah satu langkah lagi. Kita akan berbincang tentang aspek mengapa di sebalik penderitaan kita dan bagaimana kita dapat mengharungi jalan yang menggentarkan yang terhasil daripada penderitaan tersebut. 



Harap-harap, semasa kita membincangkan topik ini, anda akan menyedari betapa besarnya kasih Allah terhadap anda, bagaimana Dia akan menggunakan penderitaan anda demi tujuan-Nya, dan bagaimana Dia akan mengubah anda dari dalam. Dia mempunyai rancangan yang baik untuk anda, meskipun dalam dan melalui penderitaan anda. Kami menggalakkan anda untuk meneruskan pelan ini dan membongkar rancangan tersebut.



Renungan




  • Apakah yang sedang berlaku dalam kehidupan anda lalu menghantui fikiran anda? Tuliskan beberapa hasil yang anda harapkan. 

Hari 2

Perihal Pelan

Going Through Hard Times

Menghadapi situasi yang sukar adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam hidup kita. Namun, dalam Pelan 4 hari yang pendek ini, kita akan mendapat galakan daripada pengetahuan bahawa kita tidak keseorangan, bahawa A...

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami