Info Pelan

Renungan Andrew MurraySampel

Andrew Murray Devotional

HARI 7 DARIPADA 7

KRISTUSLAH SEGALA-GALANYA



Dalam pimpinan abadi Allah, dalam penebusan pada salib, dan sebagai Raja di takhta syurga dan di dunia ini, "Kristuslah segala-galanya" (Kolose 3:11). Dalam penyelamatan orang berdosa, dalam pembenaran serta pengudusan mereka, dalam pembinaan tubuh Kristus, dan dalam perlindungan individu, meskipun bagi orang yang paling berdosa, "Kristuslah segala-galanya." Setiap hari dan setiap jam, anak Allah ditenangkan dan dikuatkan apabila ia menerima, secara beriman, bahawa "Kristuslah segala-galanya."



Barangkali anda pernah berfikir, semasa membaca halaman ini, bahawa keselamatan sepenuhnya yang digambarkan di sini tidak dimaksudkan untuk anda. Anda rasa terlalu lemah, terlalu tidak layak, terlalu tidak boleh dipercayai. Pembaca yang dikasihi, jika anda menerima Tuhan Yesus dengan iman seperti kanak-kanak, anda akan memiliki seorang Ketua dan Pemimpin yang akan memenuhi segala keperluan anda. (Lihat Filipi 4:19.) Taati segala yang sudah diperintahkan oleh Penyelamat kami— "Ingatlah, Aku akan sentiasa menyertai kamu" (Matius 28:20)—dan anda akan mengalami hadirat-Nya setiap hari.



Walau betapa dingin atau suram pun perasaan anda, walau betapa berdosa pun anda itu, temuilah Tuhan Yesus secara rahsia, dan Dia akan menyatakan diri-Nya kepada anda. Beritahu Dia betapa sengsaranya anda, kemudian mempercayai Dia untuk membantu dan memelihara anda. Berharaplah pada-Nya sehingga oleh iman anda dapat bersukacita dalam-Nya. Kadang-kadang anda mungkin gagal untuk mengingati ini, tetapi pada hari ini semasa anda berdoa bersendirian, biarlah fikiran ini menyertai anda: "Kristuslah segala-galanya." Biarlah ini menjadi moto anda untuk mengajar anda berdoa, untuk menguatkan iman anda, untuk meyakinkan anda akan kasih-Nya dan akses kepada Bapa, untuk menguatkan anda untuk kerja hari ini. "Kristuslah segala-galanya." Ya, Kristus, Kristus anda, ialah segala-galanya yang anda perlukan. Ini akan mengajar anda untuk tetap dalam kasih-Nya. Ini akan memberikan anda keyakinan bahawa Dia diam dalam hati anda, dan semoga anda dapat mengenal kasih…melampaui segala pengetahuan" (Efesus 3:19). Terpujilah Allah selama-lamanya! Kristus, Kristus anda, ialah segala-galanya buat anda!



 Kami berharap pelan ini telah menggalakkan anda. Terokai sumber lain di https://www.whitakerhouse.com/product/andrew-murray-devotional/


Hari 6

Perihal Pelan

Andrew Murray Devotional

Andrew Murray ialah seorang pastor Afrika Selatan yang telah menulis banyak buku dan bahan renungan kecil untuk menyebarkan Firman Allah kepada ahli kariah luar bandar. Disusun daripada banyak buku kesayangan Murray, ren...

More

Kami mengucapkan terima kasih kepada Whitaker House kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.whitakerhouse.com/product/andrew-murray-devotional/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami