Info Pelan

Sukacita: Pengiraan Detik KrismasSampel

Joy: A Countdown to Christmas

HARI 4 DARIPADA 7

Memilih Sukacita


Bayangkan anda ialah perempuan muda bujang pada abad pertama di Israel, di mana menjadi hamil sebelum berkahwin bermaksud anda harus dihukum mati. Fikirlah keadaannya apabila anda memasuki bilik tamu dan memberitahu keluarga anda, tunang anda, bahawa anda hamil… dengan anak Allah


Itulah situasi Maria ketika ia memberitahu malaikat Tuhan, "Biarlah berlaku kepadaku seperti yang engkau katakan." (Lukas 1:26-27 dan ay. 38)


Memanglah mudah untuk mengenang kembali waktu dalam Alkitab itu dan memandang kosong magnitud apa yang Maria diminta lakukan dan korbankan. Namun, apabila Allah mengutus malaikat itu kepada Maria, ia memberikan respons ketaatan yang dipenuhi iman meskipun menghadapi risiko akan diumpat orang, menimbulkan skandal, dipulaukan, dan dihukum mati selepas jawapan "ya" itu. Kemudian, semasa ia merenungkan kesetiaan Allah, ia memilih untuk memuji Allah yang tidak pernah mengecewakannya dengan penuh sukacita.


Hari ini, kami berharap anda akan mengingati bahawa anda, seperti Maria, telah dipilih dan sangat diberkati oleh Allah yang mengasihi anda dan mempunyai rancangan yang baik untuk anda. Walau apa pun situasi yang sedang anda hadapi sekarang ini, ingatlah bahawa Allah tidak pernah mengecewakan anak-Nya, dan Dia tidak akan bermula dengan mengecewakan anda.


Sekarang ini, luangkan masa untuk merenungkan respons Maria terhadap rancangan Allah baginya. Mintalah Allah untuk membantu anda untuk berjalan sepanjang hidup ini dengan ketaatan yang dipenuhi iman dan sukacita seperti itu. 


Ucapkan Doa ini:


Allah Tuhan, terima kasih kerana kasih abadi-Mu dan bahawa tiada hal yang mustahil bagi-Mu. Tuhan, dalam setiap situasi dan musim, tolonglah saya untuk menetapkan mata saya pada-Mu, dan memuji-Mu kerana Engkau setia. Saya mengasihi-Mu, dan hari ini saya memilih untuk menyembah-Mu.


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Joy: A Countdown to Christmas

Krismas sepatutnya musim bersukacita –– tetapi apakah itu sukacita dan bagaimanakah anda memilihnya apabila dunia ini dipenuhi luka dan kesukaran? Temui maksud sebenar "Hai Dunia Gembiralah" dengan mengasyikkan diri dala...

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami