Info Pelan

Menemukan Jalan Kembali kepada AllahSampel

Finding Your Way Back To God

HARI 2 DARIPADA 5

"Saya Berharap Saya Boleh Mulakan Semula"

Penerobosan seterusnya dalam perjalanan kembali kita kepada Allah dipanggil kesedaran terhadap kekesalan. Anda meneliti hidup anda pada suatu pagi dan sedar bahawa, meskipun dengan segala usaha anda yang paling baik, anda telah mengucar-ngacirkan keadaan. Anda dipenuhi kekecewaan dan penuh sesal. Kini anda melihat keadaannya dengan lebih jelas, anda inginkan satu lagi peluang. Namun, anda tidak pasti sama ada anda patut menerimanya.

Setelah berfikir secara mendalam, mengapakah anda perlu diberikan satu lagi peluang?

Walau bagaimanapun, dengarlah dulu.

Dalam setiap seorang daripada kita adalah keyakinan bahawa kita berasal daripada kebaikan dan kasih dan bahawa kita dicipta untuk lebih kebaikan serta kasih. Apabila kita jatuh bangun dan sedar akan kekucar-kaciran yang kita timbulkan dalam kehidupan kita, dan keadaan kita akibat daripada kekucar-kaciran itu, reaksi kita adalah mengatakan, "Saya berharap saya boleh mulakan semula."

Hal yang indah adalah, anda boleh mulakan semula. Intuisi anda tentang asal-usul anda dalam kebaikan dan kasih memanglah betul. Allah membenarkan anda untuk mulakan semula.

Kebanyakan daripada kita, apabila kita sedia untuk mulakan semula, hanya ingin kembali kepada kehidupan sebelumnya, sebelum keadaan menjadi buruk. Namun, Allah mempunyai idea yang berbeza. Dia bukan sahaja ingin membantu kita kembali kepada kehidupan lebih baik yang kita bayangkan. Dia mahu kita mengalami kehidupan yang berbeza sama sekali. Bukan sahaja masa depan anda yang berubah apabila anda menemui jalan kembali kepada Allah malah masa silam dan keadaan semasa anda juga berubah.

Adakah anda bersedia untuk melepaskan kehidupan yang menderita kerana masa silam, tidak bertujuan pada masa ini, dan tidak berkeyakinan tentang masa depan anda? Perjalanan anda daripada kekesalan dan ke arah rumah anda dalam Allah juga membawa anda ke arah kehidupan yang lebih mendalam dan lebih benar—kehidupan yang mempelawa anda untuk mula semula hari ini dan mula hidup menurut cara yang sentiasa dimaksudkan Allah bagi anda . . . buat selama-lamanya.

Apakah rupanya mempercayai bahawa Allah membenarkan anda untuk mula semula pada hari ini? Bagaimanakah fikiran anda tentang masa depan akan berubah?
Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Finding Your Way Back To God

Adakah anda inginkan lebih lagi daripada hidup anda? Menginginkan lebih lagi sebenarnya adalah kerinduan untuk kembali kepada Allah—apa jua keadaan hubungan anda dengan Allah pada masa ini. Kita mengalami batu penanda—at...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Dave Ferguson, Jon Ferguson dan WaterBrook Multnomah Publishing Group kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://waterbrookmultnomah.com/catalog.php?work=235828

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami