Info Pelan

Meluangkan Masa untuk BerehatSampel

Making Time To Rest

HARI 4 DARIPADA 5

Memisahkan Diri Daripada Gangguan.



Jika anda tidak meluangkan masa untuk memisahkan diri daripada dunia di sekeliling anda, anda akan ditarik oleh dunia di sekeliling anda. — Erwin McManus



Salah satu definisi rehat adalah bebas daripada kerisauan atau gangguan. Pada waktu ini dalam kehidupan kita, tidaklah sukar untuk mengenal pasti perkara yang akan mengganggu rehat kita dan menyebabkan kerisauan. Ia mungkin rasa seperti waktu yang menyeronokkan dan menyegarkan kita, tetapi pada akhirnya, ia menyusutkan rehat sebenar kita.



Banyak orang bercakap tentang cara yang berlainan untuk memisahkan diri daripada dunia kita yang ultra-berhubungan. Terdapat buku, rencana, audio siar, dan mesej yang memberikan kita tiga langkah untuk tidak ditenggelami perkara yang merampas perhatian kita. Walau bagaimanapun, tidak semua orang diganggu oleh perkara yang sama. Perkara yang mengganggu seseorang tidak semestinya pergumulan orang lain. 



Demi memisahkan diri daripada gangguan kehidupan kita, kita perlu mempertimbangkan beberapa perkara. Pertama, kita perlu mengetahui apa yang mengganggu kita. Perkara yang mengganggu kita daripada hal yang penting kerana ia sama ada rasa mendesak ataupun menyeronokkan. Kedua, kita harus rela meninggalkan agenda kita supaya orang yang paling penting dalam hidup kita tidak rasa seperti gangguan. 



Walau apa pun perkara itu yang mencuri kedamaian dan rehat daripada kita, kita mesti menetapkan beberapa had. Berkemungkinan besar selepas membaca ayat itu, kita sedar apa perkara itu. Daripada membiarkan gangguan menghalang kita daripada berehat dan menjauhkan kita daripada orang yang paling penting dalam hidup kita, mungkin kita…



  • ...tidak membuka komputer untuk bekerja sebelum anak kita tidur. 

  • ...memilih untuk menumpukan perhatian pada perkara yang baik dan bukannya diganggu oleh kerisauan dunia. 

  • ...menetapkan nada dering yang khusus untuk ahli keluarga dan membiarkan panggilan yang lain dihantar ke mel suara. 

  • ...memilih untuk tidak menonton TV sehingga hujung minggu. 

  • ...mengetepikan rancangan kita untuk masa depan supaya kita boleh hidup pada masa sekarang. 

  • ...menetapkan had masa untuk laman web, aplikasi atau permainan video tertentu.  


Jika kita mendapati diri sentiasa berasa risau dan terganggu, kita mesti mengurangkan atau menyingkirkan perkara yang menyebabkan perasaan tersebut. Ia tidaklah mudah. Apa-apa yang berbaloi memerlukan usaha dan pengorbanan. Janganlah biarkan sehari lagi berlalu di mana kita membenarkan gangguan dunia ini menjauhkan kita daripada rehat Allah yang terbaik untuk kita. 



Renungan




  • Apakah perkara terbesar yang mengganggu anda daripada betul-betul berehat?

  • Apakah langkah-langkah yang perlu anda ambil hari ini untuk menyingkirkan atau mengehadkan gangguan tersebut dalam kehidupan anda?

  • Tuliskan apa-apa pendedahan yang dibicarakan oleh Allah kepada anda melalui bacaan Alkitab atau renungan hari ini.

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Making Time To Rest

Gila kerja dan kesibukan tidak henti-henti kerap dipuji dalam dunia kita, dan berehat agak mencabar. Demi menjalankan peranan dan rancangan kita secara berkesan, kita mesti belajar berehat jika tidak kita tidak ada apa p...

More

Pelan Alkitab asli ini dicipta dan disediakan oleh YouVersion.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami