Info Pelan

Mengapa Yesus?Sampel

Why Jesus?

HARI 3 DARIPADA 5

Mengapa Tidak?



Apabila seseorang memberikan kita hadiah, kita sama ada menerima, membuka, dan menikmatinya; ataupun berkata, ‘Tidak apa, terima kasih.’ Malangnya, banyak orang memberikan alasan untuk menolak hadiah yang ditawarkan oleh Allah—pengampunan, kebebasan, dan Roh Kudus-Nya yang diam dalam kita. 



Berikut adalah beberapa alasan tersebut: 



a) ‘Saya tidak memerlukan Allah’ 



Apabila kita mengatakan ini, ia biasanya bermaksud kita agak gembira tanpa Allah. Hal yang tidak disedari adalah keperluan utama kita bukanlah ‘kegembiraan’ tetapi ‘pengampunan.’



Kita sama adanya menerima apa yang telah dilakukan oleh Yesus untuk kita di atas salib, jika tidak kita akan menerima hukuman bagi kesalahan kita pada satu hari nanti. 



b) ‘Banyak yang perlu dikorbankan’ 



Kadang-kala, Allah menunjukkan sesuatu dalam kehidupan kita yang kita sedar adalah salah, dan perlu ditinggalkan sekiranya kita ingin memperoleh hubungan dengan Allah melalui Yesus. 



Namun, kita perlu ingat: 




  • Allah mengasihi kita. Dia hanya meminta kita untuk meninggalkan perkara yang memudaratkan kita. 

  • Apa yang kita tinggalkan itu tidak ada apa-apa berbanding dengan apa yang kita terima. Kos tidak      menjadi seorang Kristian adalah jauh lebih besar daripada kos menjadi seorang Kristian.     

  • Apa yang kita tinggalkan itu tidak ada apa-apa berbanding dengan apa yang telah ditinggalkan oleh Yesus ketika Dia mati di atas salib untuk kita. 


c) ‘Tentu ada sesuatu muslihat’ 



Memang difahami, kita kerap mendapati sukar untuk menerima bahawa ada sesuatu yang percuma dalam hidup ini. Walau bagaimanapun, hal yang kita tidak sedari adalah walaupun ia adalah percuma bagi kita, ia tidaklah percuma bagi Yesus. Dia telah membayarnya dengan darah-Nya. 



d) ‘Saya tidak memadai’ 



Tidak ada sesiapa pun yang memadai. Namun, itulah sebabnya Yesus datang. Dia memungkinkan kita untuk diterima oleh Allah dalam keadaan kita yang seadanya. 



e) ‘Saya tidak dapat bertahan’ 



Memang betul kita tidak dapat bertahan bersendirian, tetapi Roh Allah, yang diam dalam kita, memberikan kita kuasa dan kekuatan untuk meneruskan hidup. 



f) ‘Saya akan melakukannya kemudian’ 



Ini mungkinlah alasan yang paling biasa. Ada kalanya, kita berkata, ‘Saya sedar ini adalah benar, tetapi saya belum bersedia.’ Semakin lama kita menangguhnya, semakin susahnya tindakan itu dan semakin banyak perkara yang terlepas. Kita tidak tahu sama ada kita akan mendapat peluang lagi. 


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Why Jesus?

Sekarang ini, banyak orang bingung tentang Yesus. Mengapakah seseorang yang telah dilahirkan 2,000 tahun dahulu menimbulkan minat orang ramai? Mengapakah kita harus mengambil peduli untuk membongkar rahsia itu? Dalam pel...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Alpha kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://alpha.org/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami