Info Pelan

Mengapa Paskah?Sampel

Why Easter?

HARI 1 DARIPADA 5

Mengapakah kita memerlukan Yesus?  



Anda dan saya dicipta untuk hidup berhubungan dengan Allah. Sehingga kita menemui hubungan itu, akan sentiasa ada sesuatu yang hilang dalam kehidupan kita. Akibatnya, kita kerap sedar akan kekosongan itu. Seorang penyanyi rock menggambarkannya sebagai: 'Saya mengalami kekosongan jauh di lubuk hati saya.'



Seorang wanita, dalam surat kepada saya, menulis tentang 'kekosongan yang sangat dalam.' Seorang anak perempuan yang lain bercakap tentang 'sebahagian besar yang hilang dalam jiwanya.'



Kita cuba memenuhi kekosongan ini dalam pelbagai cara. Sesetengah orang cuba memenuhi kekosongan itu dengan wang, tetapi ia tidak memuaskan mereka. Aristotle Onassis, yang merupakan salah seorang lelaki yang paling kaya di dunia ini, berkata pada akhir hayatnya: 'Berjuta-juta wang tunai tidak sentiasa menunjukkan apa yang diperlukan manusia dalam kehidupan.'



Sesetengah orang mencuba dadah atau alkohol yang berlebihan atau persetubuhan rambang. Seorang perempuan berkata kepada saya, 'Semua ini memberikan pemuasan segera tetapi selepas itu ia membuat kamu rasa kosong.' Ada pula orang lain yang mencuba kerja keras, muzik, sukan atau mencari kejayaan. Semua ini tidak salah, namun, ia tidak memuaskan kerinduan jauh di lubuk hati setiap manusia.



Meskipun dalam hubungan manusia yang paling intim, walaupun baik, tidak memuaskan 'kekosongan jauh di lubuk hati ini.' Tiada apa-apa yang akan memenuhi kekosongan ini kecuali hubungan dengan Allah yang merupakan tujuan penciptaan kita.



Berdasarkan Perjanjian Baru, sebab kekosongan ini adalah lelaki dan perempuan telah membelakangi Allah.



Yesus berkata, 'Akulah roti yang memberikan hidup' (Yohanes 6:35). Dia sahajalah yang boleh memuaskan kerinduan paling mendalam kita kerana Dialah yang memungkinkan hubungan kita dengan Allah didamaikan.



a) Dia memenuhi kerinduan kita akan makna dan tujuan kehidupan



Hanya dalam hubungan dengan Pencipta kita barulah makna dan tujuan sebenar kehidupan kita dapat ditemukan.

b) Dia memenuhi kerinduan kita akan kehidupan melewati kematian



Kebanyakan orang tidak mahu mati. Kita ingin hidup melewati kematian. Hanya dalam Yesus Kristus kita akan menemui kehidupan kekal. 

c) Dia memenuhi kerinduan kita akan pengampunan



Jika kita berterus terang, kita perlu mengakui bahawa kita semua melakukan perkara yang kita sedar adalah salah. Melalui kematian-Nya pada salib, Yesus telah memungkinkan kita untuk diampunkan dan mendamaikan kita dengan Allah. 
Hari 2

Perihal Pelan

Why Easter?

Apakah yang penting tentang Paskah? Mengapakah ada begitu banyak minat dalam seseorang yang dilahirkan 2,000 tahun lalu? Mengapakah begitu banyak orang berasa teruja tentang Yesus? Mengapakah kita memerlukan-Nya? Mengapa...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Alpha dan Nicky Gumbel kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://alpha.org/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami