Info Pelan

ALLAH + MATLAMAT: Bagaimana Menetapkan Matlamat Sebagai Seorang KristianSampel

GOD + GOALS: How To Set Goals As A Christian

HARI 1 DARIPADA 5

HARI 1:  Adakah oley untuk menetapkan matlamat sebagai orang Kristian?



Anda ingin mengikut Allah DAN mencapai matlamat yang bertujuan. Walau bagaimanapun, anda berasa risau bahawa menetapkan matlamat akan menjauhkan anda daripada rancangan Allah untuk anda. Maka, anda tertanya-tanya, "Adakah okey untuk menetapkan matlamat sebagai orang Kristian? Apakah yang dikatakan oleh Firman Allah tentang cara melakukan ini dan tetap selaras dengan kehendak-Nya?" Allah banyak bercakap tentang matlamat, perancangan bersengaja, dan pengurusan yang baik terhadap apa yang telah diberikan. 



Jawapan ringkas: matlamat adalah baik! Yesus juga mempunyai matlamat. Allah mahu kita hidup bertujuan, bukan secara kebetulan. Kenyataan bahawa anda bertanya tentang kehendak-Nya dan mencarinya bermaksud anda ingin hidup dengan baik juga. Firman-Nya akan menjelaskan cara menetapkan matlamat yang betul dan tetap bermotivasi untuk mencapai matlamat tersebut. 



Walau bagaimanapun, jangan harap mendapat senarai semak atau rumus penyelesaian cepat untuk menetapkan matlamat dalam Alkitab. Sekiranya demikian mudah, kita hanya perlu membaca senarai itu, menandakan hal yang sudah selesai, dan tidak perlu bercakap dengan Allah tentang rancangan kita. Ini bukanlah tentang mematuhi peraturan, ini adalah tentang hubungan dengan Dia yang telah mencipta anda dengan kurnia yang unik dan bakat untuk digunakan, Allah sendiri. 



Alternatif bagi penetapan matlamat yang baik? Merayau-rayau tanpa tujuan, membiarkan kehidupan berjalan sahaja. Adakah terdapat tokoh utama dalam Alkitab yang duduk-duduk saja tanpa melakukan apa-apa? Mereka pasti membuat kesilapan, tetapi Musa, Daud, Salomo, Ester, Rut, Yohanes, Paulus, dan Yesus mempunyai matlamat, dan mereka mengejar matlamat mereka dengan kekuatan serta kebijaksanaan Allah. Anda bakal melakukan hal yang sama, satu langkah kecil dan lompatan iman demi satu.



Berdoalah bersama saya: Tuhan, saya mahu mengikut-Mu, menetapkan matlamat yang selaras dengan kehendak-Mu untuk kehidupan saya. Terima kasih kerana mencipta saya dengan kurnia yang unik dan bakat untuk digunakan demi tujuan-Mu yang lebih besar. Saya mahu pergi ke mana Engkau pergi. Tunjukkan kepada saya cara menetapkan matlamat menurut kehendak-Mu. Saya memerlukan kebijaksanaan-Mu untuk merancang dan menetapkan tujuan supaya saya dapat menguruskan apa yang telah Engkau berikan kepada saya—masa saya, wang saya, kerja saya, hubungan saya, kesihatan saya—di mana saya berada sekarang. Bukalah mata saya tentang kebenaran-Mu dan tolonglah saya untuk memindahkan kebenaran itu daripada kepala saya ke hati saya dan seterusnya ke tangan saya. Dalam nama Yesus. Amin!


Hari 2

Perihal Pelan

GOD + GOALS: How To Set Goals As A Christian

Adakah okey untuk menetapkan matlamat sebagai orang Kristian? Bagaimanakah anda tahu sama ada sesuatu matlamat itu adalah daripada Allah atau diri sendiri? Bagaimanapun, apakah rupa matlamat Kristian? Dalam pelan bacaan ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Cultivate What Matters kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.cultivatewhatmatters.com/youversion

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami