Info Pelan

Kepada Ketagihan...Sampel

Dear Addiction...

HARI 5 DARIPADA 5

  


Hari 5: Asas yang Baru


Semua kesalahan, kesilapan, penyimpangan lalu semasa ketagihan kita tidak harus berkuasa atas kita lagi jika kita menyerahkan diri kepada Allah dan proses pemulihan. Asas yang baru terbentuk apabila kita terus mengambil langkah yang seterusnya.


Asas kita mesti dibina di atas sesuatu yang kukuh, jika tidak dosa lalu kita akan terus membelenggu kita. Apabila kita mengatakan ya kepada Yesus dan ya kepada pemulihan, kita mengakui kuasa diperbaharui. Alkitab menyatakan jika kita ada dalam Kristus, kita ialah ciptaan baru. Ini bermakna kita boleh memikirkan fikiran yang baru bukannya dusta lama, bahawa kita boleh membuat keputusan yang lebih baik berbanding keputusan sebelumnya dan mengatasi tekanan secara sihat bukannya dengan mengambil dadah, meminum alkohol, memakan, berjudi, atau apa-apa tindakan lain yang diamalkan dulu untuk mengurangkan rasa sakit.


Allah tidak mahu anda untuk menjalankan kehidupan yang agak baik—Dia mahu anda untuk menerima kelimpahan dalam pemulihan anda! Menjadikan firman dan janji-Nya sebahagian daripada asas anda yang baru ialah hal yang memberikan anda kekuatan dan stamina untuk menahan ribut kehidupan bila ia melanda. Ini kerana ia akan melanda lagi. Jika asas baru anda tidak dibina atas firman Allah dan menjalankan program pemulihan peribadi anda, anda mungkin mendapati rumah anda roboh apabila ada tanda-tanda awal angin yang kencang.


Sekaranglah masa untuk pembinaan semula; pastikan anda membina rumah anda di atas Batu Pejal.


 


Untuk maklumat lanjut tentang STORM (Strategic Treatment Options and Recovery Ministries) Inc., layari laman web kami di www.storminc.org


Hari 4

Perihal Pelan

Dear Addiction...

"Kepada Ketagihan..." merupakan pelan bacaan 5 hari yang menyelami kitaran ketagihan daripada sudut pandangan alkitabiah. Firman memberikan banyak wawasan dan kuasa tentang pergelutan kita, kami berdoa agar renungan ini ...

More

Kami berterima kasih kepada George dan Meredith Shafer, pengasas bersama STORM Inc. kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.storminc.org

Pelan yang Berkaitan

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami