Info Pelan

Bagaimana Menyimpan Seks untuk Perkahwinan?Sampel

How to Save Sex for Marriage?

HARI 2 DARIPADA 3

Di Manakah Anda Menentukan Batasnya?


Pertimbangkan skala sentuhan fizikal dan tentukan batas yang anda rasa sesuai. Dengan kata lain, selepas mencari kebijaksanaan Allah, di manakah anda menentukan batasnya?



Objektifnya bukan sahaja menahan diri daripada sesuatu yang baik kerana anda dimaklumkan bahawa perbuatan itu adalah salah. Menahan diri daripada seks sebelum kahwin - yang telah dicipta oleh Allah dan adalah baik - memuliakan Allah dan memanfaatkan perkahwinan anda dalam jangka masa yang panjang. 



Menyerahkan keghairahan anda buat sementara waktu kepada Allah menghapuskan rasa bersalah, membantu anda menumpukan perhatian pada berhubung dalam cara lain, dan membina berkat untuk anda pada masa depan. 



Kami boleh memberitahu anda secara khusus di mana kami rasa anda harus menentukan batas anda. Kami boleh memberitahu anda bahawa bila-bila anda melepasi peringkat lima, keadaannya menjadi semakin sukar untuk menahan diri. Namun, memberitahu anda apa yang harus dilakukan tidak berhasil melainkan anda berpegang pada keyakinan itu. Kami tidak boleh menjadi hati naluri anda. 



Ini adalah keputusan yang memerlukan pertimbangan serius, pemahaman yang jelas tentang dasar nilai anda, dan anda perlu menyelami jiwa anda. Paulus berkata dalam 2 Korintus 13:5, "Ujilah diri kamu sendiri sama ada kamu betul-betul hidup berdasarkan kepercayaan kepada Kristus." Anda perlu buat pertimbangan teliti tentang apa yang anda dan orang yang berpacaran dengan anda bersetuju bersama-sama adalah boleh diterima, berdasarkan nilai dan matlamat anda. 



Anda perlu menentukan apakah yang dilarang berhubungan dengan sentuhan fizikal, dan anda perlu menentukan latar (misalnya, bersendirian dalam pangsapuri bersama-sama) yang dilarang berhubungan dengan cara anda menyatakan perasaan ghairah anda. Anda juga perlu mempertimbangkan jenis pakaian yang dipakai semasa janji temu dan sama ada pakaian tersebut menjadikannya sukar untuk mengikuti keputusan anda.



Menentukan batas adalah keputusan yang anda perlu buat sendiri dan kemudiannya bincangkan dengan pasangan anda. Anda berdua perlu mengetahui batasnya.  


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

How to Save Sex for Marriage?

Setiap kali seseorang menanya kami jika kami percaya akan seks pranikah, kami memberikan respons "ya dan tidak." Pada mulanya, jawapannya adalah mengelirukan, tetapi memberikan kami peluang untuk mengemukakan hujah yang ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Les Parrott kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.SYMBIS.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami