Info Pelan

Jangan Berputus AsaSampel

Don't Give Up

HARI 1 DARIPADA 7

Hari 1—Utara Benar



Ada kalanya anda mungkin rasa seperti kapal sepi yang terlambung-lambung dipukul ombak. Anda terumbang-ambing tanpa haluan, mencari tanda harapan. Tanpa kompas, mengemudi ke darat adalah mustahil.



Demikian jugalah dengan kehidupan. Berkelana tanpa kompas dan berharap untuk mencapai tujuan yang ditakdirkan oleh Allah buat anda di dunia ini mungkinlah amat mencabar. Oleh itu, anda memerlukan utara benar—satu titik fokus yang tetap, yang tidak pernah berubah. Hanya ada satu dan namanya ialah Yesus.



Allah sahajalah yang boleh memberikan anda kekuatan dan daya ketahanan untuk hidup yang berkembang maju. Apabila anda berasa letih, tangan kuat-Nya akan mengangkat anda dan memberikan nafas baru kepada tulang anda. Apabila anda berasa terlalu remuk untuk mengambil satu lagi langkah ke depan, mata air kehidupan-Nya akan terbit dan memenuhi anda sekali lagi. Apabila anda sesat dan rasa tidak yakin, kebijaksanaan dan wawasan-Nya akan membuka mata yang letih dan menerangi jalan di hadapan.



Tetap yakin: tiada utara benar yang lain, tiada sumber kekuatan yang lain yang akan memelihara anda atau cahaya yang akan tetap memimpin anda. Tinggalkan jawapan dunia bagi keletihan anda dan dakapi utara benar anda. Dialah satu-satunya sumber yang mampan dan sauh anda dalam semua keadaan.



Jika anda rasa seperti kapal yang bercelaru di tengah-tengah ombak sekarang ini, sebelum anda mengejar apa-apa, kejarlah Yesus. Semoga Tuhan membimbing hati anda dan kekuatan-Nya mengangkat anda melalui lembah anda yang paling kelam semasa anda ingin berputus asa. 



Sepanjang pelan bacaan 7 hari ini, kami akan menyelami Alkitab dan mendapat tahu tentang apa yang dikatakan oleh Allah tentang ketabahan dan daya ketahanan. Ini ialah peringatan anda dan galakan untuk meneruskan perjalanan meskipun keadaan bertambah sukar. Oleh itu, sertailah saya dan membongkar apa yang dikatakan oleh Alkitab tentang apa yang terhasil daripada daya ketahanan dan siapa lagi dalam Alkitab yang tetap tabah ketika menghadapi kesusahan.



Ingatlah: kawan, pandanglah Yesus!


Hari 2

Perihal Pelan

Don't Give Up

Pernahkah anda berasa sungguh penat atau tumpas dalam hidup sehinggakan anda ingin berputus asa? Alkitab penuh dengan dorongan untuk tetap tabah dan sabar meneruskan hidup! Pelan bacaan 7 hari ini akan menyegarkan anda u...

More

Kami mengucapkan terima kasih kepada Brittany Rust kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.brittanyrust.com

Pelan yang Berkaitan

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami