Info Pelan

Melepaskan Diri Daripada Pembandingan Renungan 7 Hari Oleh Anna LightSampel

Break Free From Comparison a 7 Day Devotional by Anna Light

HARI 2 DARIPADA 7

Apakah itu pembandingan? 


Pembandingan merupakan satu bentuk atau penyataan ketidakyakinan. Ia timbul daripada kekurangan. Kekurangan identiti. Kekurangan tujuan. Kekurangan keyakinan dalam siapa kita ini dan kehidupan yang telah diberikan kepada kita.


Ketidakyakinan timbul daripada mempercayai bohong dan tidak mengetahui atau tidak mempercayai identiti sebenar kita. Maka, apabila kita membandingkan diri dengan orang lain, pada dasarnya kita mengatakan, "Saya tidak mengetahui atau tidak mempercayai siapa saya ini, dan saya tidak mengetahui atau tidak mempercayai siapa Allah itu." 


Kita membuat perbandingan kerana kita mencari keyakinan di luar diri sendiri. Sama ada kita menyedarinya atau tidak, kita sentiasa mencari kedudukan kita dalam hierarki kehidupan. Kita ingin mengetahui tempat kita dalam hidup ini, kedudukan kita dan bagaimana kita memenuhi jangkaan orang lain kerana kita kekurangan keyakinan yang harus timbul dari dalam. 


Benar, sesetengah daripada kita membuat perbandingan kerana kekurangan keyakinan. Orang yang bergelut dengan pembandingan tidak menyedari betapa diberkati dan berbakatnya mereka itu kerana mereka terlalu tertumpu pada orang lain. Banyak orang lain mungkin membuat perbandingan kerana perangai suka bersaing dan mementingkan kesempurnaan. Personaliti jenis A didorong oleh perangai ini. Anda kerapnya orang yang terbaik dalam sesuatu, pemimpin yang sentiasa dicari-cari, lelaki atau perempuan alfa dalam kumpulan atau komuniti anda, jadi kecenderungan anda untuk membuat perbandingan timbul daripada keinginan anda untuk sentiasa berada di kedudukan atas. Menjadi orang yang terbaik memberikan anda keyakinan, tetapi itu bukanlah keyakinan yang kekal. Walau apa pun sebabnya anda membuat perbandingan, kita mesti mengakui bahawa pembandingan tidak pernah membawa kepada kerendahan hati yang sebenar, yang menyenangkan hati Allah.


Pembandingan ialah pencuri. Anda pernah mendengar: "Pembandingan menghapuskan kepuasan." "Pembandingan ialah pencuri kegembiraan." "Pembandingan menghapuskan pengaruh anda."


Pembandingan mencuri, membunuh dan merosak fikiran kita dan hati kita. Oleh itu, kita melihat pembandingan sebagai alat musuh. Musuh anda membenci anda dan sanggup berbuat apa saja untuk mengecilkan hidup Allah dalam anda, hidup berkelimpahan yang dijanjikan oleh-Nya. Apabila kita membuat perbandingan kita membolehkan musuh untuk bertapak dalam hidup kita dan kita tidak dapat mengalami segala sesuatu yang telah disediakan oleh Allah bagi kita.


Kita mungkin tidak membandingkan diri secara sengaja tetapi godaan dan bahaya pembandingan sentiasa ada kerana pembandingan ialah suatu dosa. Namun, tidak seperti mana-mana dosa yang lain, kita mesti mengabdikan diri terhadap gaya hidup yang menjauhi dosa dan menjauhi pembandingan.


Adakah anda membuat perbandingan kerana kekurangan keyakinan, ataupun kerana keyakinan palsu untuk menjadi orang yang terbaik? 


Tuhan, saya mengakui kecenderungan saya untuk membandingkan diri dengan orang lain. Ada kalanya saya berbuat demikian tanpa menyedarinya. Saya ingin lebih mengenali siapa Engkau itu dan saya ingin mengetahui siapa saya ini kerana Engkau. Saya inginkan keyakinan dalaman yang timbul daripada hubungan saya dengan-Mu. Selidiki hati saya dan tunjukkan kepada saya punca pergelutan saya dengan pembandingan dan bebaskan saya dalam Nama Yesus! 


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Break Free From Comparison a 7 Day Devotional by Anna Light

Anda sedar bahawa Allah memberikan anda hidup yang berkelimpahan berbanding dengan kehidupan semasa anda, tetapi malangnya pembandingan menghalang anda daripada maju ke tahap seterusnya. Dalam pelan bacaan ini, Anna Ligh...

More

Kami berterima kasih kepada Anna Light (LiveLaughLight) kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.livelaughlight.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami